Mahukan pakej lengkap untuk percutian anda ke Pulau Perhentian? Dapatkan promosi pakej Snorkeling 3 hari 2 malam Fullboard Pulau Perhentian Kecil bagi tahun 2014. Pakej fullboard 3 hari 2 malam ini merupakan pakej yang lengkap disertakan makan dan aktiviti selama 3 hari 2 malam anda di Pulau Perhentian ini. Harga pakej adalah untuk seorang dan ianya sangat berpatutan dan berbaloi. Pulau Perhentian Kecil ini merupakan pulau yang terkenal di kalangan pelancong asing. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini Pulau Perhentian Kecil ini turut dilawati oleh pelancong tempatan.
Pantai yang putih bersih, tersenarai sebagai pulau ke -13 yang mempunyai pantai yang cantik, antara pulau yang mempunyai "crystal clear water", kepelbagaian spesis hidupan laut yang berwarna-warni dan terpelihara, suasana yang membuatkan anda melupakan semua stress, warga tempatan dan pelancong yang ramah, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian Kecil ini seperti berkayak ke pantai-pantai yang berhampiran, mendaki ke kincir angin, merentas hutan ke Kampung Nelayan, bermain bola tampar pantai bersama pelancong-pelancong lain, atau hanya bersantai merehatkan badan dan minda di tepi pantai ditemani novel kegemaran anda.
Pakej Snorkeling 3 hari 2 malam Fullboard ini berbeza dari segi harga yang mana ia bergantung kepada tarikh yang anda pilih untuk percutian anda. Harga yang dinyatakan adalah untuk SEORANG.
Adalah disarankan untuk anda membuat tempahan awal bagi mengelak kekecewaan. Sepanjang Oktober 2013 lagi kami sudah mula menerima tempahan bagi percutian ke Pulau Perhentian Kecil 2014. Jangan terkejut kerana ada sesetengah tarikh sudah pun "fully booked". Pulau Perhentian Kecil ini bukan seperti pulau-pulau lain di Malaysia, ianya kecil sesuai dengan namanya. Kekosongan adalah terhad.